
NILAI – Pusat perkahwinan terbesar di Malaysia, Thank Q, mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke premis berkenaan bagi memberi peluang memenangi hadiah istimewa termasuk dua buah kereta Perodua Axia.
Menurut Pengurus Thank Q, Ben Chin, pihaknya berbesar hati menyediakan acara cabutan bertuah sempena ulang tahun Thank Q ke-11yang telah diadakan sehingga 1 Mei 2016.
Katanya, pengunjung layak menyertai cabutan bertuah itu dengan hanya berbelanja di Thank Q dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk TV LCD.
“Acara ini adalah sebahagian daripada tanda penghargaan dan terima kasih kepada pengunjung yang sentiasa menyokong kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Thank Q Sdn Bhd ditubuhkan pada November 2002 dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records pada Ogos 2010.
Kini Thank Q mula melebarkan sayap perniagaan dengan membuka cawangan baru di SIBC Whole Salecity (SWC) di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah.
Tambah Ben Chin, pada tahun ini jualan akhir tahun (YES) Thank Q, akan berlangsung pada 14 November sehingga 3 Januari 2016.
Sumber : Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan