SELAMAT DATANG KE PORTAL NILAI 3 IKLAN ONLINE

Jumaat, 9 Oktober 2015

PASAR BORONG NILAI 3

Pasar Borong Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong, dan syurga membeli belah kepada para pelancong yang menawarkan pelbagai barangan dan pakaian pada harga yang berpatutan. Terletak di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus Pasar Borong Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar di laluan Lebuh Raya Utara – Selatan (ambil susur keluar ke Nilai / Pajam / KLIA). Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km, dan dari Tol Nilai hanya 7 km. Pasar Borang Nilai 3 juga boleh dikunjungi melalui Lebuh Raya LEKAS. Jarak dari persimpangan Lebuh Raya LEKAS adalah 8 km.



Berkeluasan 165 hektar dan mempunyai 750 buah kedai, Pasar Borong Nilai 3 menjadi popular di kalangan masyarakat Malaysia walaupun terdapat beberapa tempat yang mengekalkan konsep yang sama seperti Pasar Borong Nilai 3.


Pasar Borong Nilai 3 ini mula diperkenalkan pada Disember 2001. pada mulanya ianya adalah untuk mempromosikan barangan daripada negara China di mana pada ketika itu pasaran negara China mula diperkenalkan kepada dunia. Ia berjaya menarik perhatian ramai pelancong khususnya daripada Kuala Lumpur dan Seremban untuk datang membeli belah di situ.

Pasar Borong Nilai 3 juga menerima kunjungan para pelancong yang terdiri daripada dalam luar negeri terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti pada hujung minggu. Mengikut data daripada Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2001 adalah mencecah 10, 000 orang sehari dan jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Apa yang menjadi kegemaran pelancong yang datang berkunjung di sini adalah mereka boleh mendapatkan barangan di bawah satu kawasan dengan mudah dengan pelbagai pilihan dan harga yang menarik dan berpatutan.

Kebanyakan kedai – kedai di sini menjual barangan seperti aksesori perkahwinan, perabot, pakaian, cenderahati, kraftangan, perabot, perhiasan rumah, perhiasan lampu, aksesori kereta, tekstil dan sebagainya. Pasar Borong Nilai 3 juga amat terkenal sebagai pusat sehenti bagi barangan perkahwinan di mana pelancong dapat membeli barangan dengan harga yang jauh menarik dan menawarkan konsep terkini (up to date).

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti berikut : -
• Gerai makanan
• Surau
• Tandas
• Taman permainan kanak – kanak
• Pentas
• Kawasan rekreasi dan perkelahan

Kini, Pasar Borong Nilai 3 memperkenalkan satu lagi rangkaian produk terbesar di bawah 1 bumbung. Apa yang menarik di sini adalah, para pelancong dapat membeli belah dengan lebih mudah dan selesa. Ini adalah kerana mereka terlindung daripada pancaran matahari dan air hujan. Di sini juga ada disediakan taman permainan kanak – kanak untuk bermain sementara menunggu ibu bapa membeli belah.

Maklumat Lanjut :
Nilai 3 Wholesale Centre Management Sdn Bhd,
No. 231, Jalan Nilai 3/8,
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-799 3883
Fax : 06-799 3503
Website : www.nilai-3.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan